Wednesday, 8 May 2013
Jimmy Shanley Mahu Suhaila Dipenjarakan
Jimmy Mahu Bekas Isteri Dipenjarakan
Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley baru-baru ini dilihat kerap turun naik mahkamah walaupun kes perceraiannya dengan bekas isteri telah selesai. Persoalan akhirnya terjawab apabila mStar Online melaporkan yang Jimmy sedang memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk memenjarakan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi.
Perkara ini dikatakan terjadi apabila Jimmy tidak mendapat hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania yang telah dipersetujui bersama dengan pihak Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu. Namun, menurut Jimmy, dia masih gagal membawa pulang anak tunggalnya untuk bermalam bersama kerana Nursuhaila tidak mahu memberi kerjasama.
Respon dengan tindakan Jimmy, Nursuhaila pula memfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu khabarnya akan dibicarakan pada Khamis iaitu esok.
Jimmy dan Nursuhaila mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan telah tinggal berasingan selepas 20 hari mereka bernikah. Pasangan ini kemudiannya bercerai pada 10 Oktober 2012.
Sumber : OhBulan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































