Wednesday, 8 May 2013

Noniswara Sudah Dirisik

0 comments



Noniswara Sudah Dirisik Lelaki Lain

Meskipun isu perceraian dramatis terkenal, Noniswara dengan suaminya Datuk Rosman Ridzwan belum diputuskan lagi oleh pihak mahkamah, akan tetapi pelakon tersebut akui dirinya sudah mula dirisik oleh beberapa lelaki lain untuk dijadikan isteri.

Menurut Noniswara, buat masa sekarang dia masih belum bersedia untuk memikirkan soal pengganti serta mengambil penekanan untuk fokus kepada soal kerjaya dan anak-anaknya terlebih dahulu.

“Saya fikir mereka yang cuba merisik itu masih belum jelas dengan status saya, sebab itu mereka meluahkan hasrat. Mereka ada merisik walaupun sebenarnya saya masih lagi isteri orang.

“Buat masa ini fokus saya hanya untuk memberi tumpuan buat anak-anak dan kerjaya sebagai pelakon sahaja,” komen Noniswara penuh tenang. Mengulas lebih lanjut mengenai masalah rumahtangga, pelakon ini turut melahirkan rasa serik dan trauma untuk melalui pengalaman bercerai buat kali kedua dalam hidupnya.

“Memang saya serik, tetapi sampai bila rasa serik itu, saya juga tidak tahu.

“Sesiapa juga kalau berkahwin mahu hidup selama-lamanya dengan pasangan tersebut, tetapi saya reda dengan ketentuan ini.” - MalaysianDigest





Leave a Reply

Labels