Jodoh adalah rahsia Allah SWT, yang memang tak terduga datangnya. Dalam masa ‘penantian’ yang tak kunjung datang, seorang perempuan mungkin memilih untuk bertindak sesuai dengan keinginannya. Ada tiga sikap dan tindakan yang boleh dilakukan oleh para muslimah dalam masa penantian ini, yakni; agresif, pasrah dan proaktif.
Monday, 27 May 2013
Jodoh Adalah Rahsia
Jodoh adalah rahsia Allah SWT, yang memang tak terduga datangnya. Dalam masa ‘penantian’ yang tak kunjung datang, seorang perempuan mungkin memilih untuk bertindak sesuai dengan keinginannya. Ada tiga sikap dan tindakan yang boleh dilakukan oleh para muslimah dalam masa penantian ini, yakni; agresif, pasrah dan proaktif.
Akibat terlalu ‘cemas’, ada sebahagiannya memilih untuk
bersikap agresif. Melakukan pendekatan kepada sesiapapun yang dianggap
berpotensi untuk menjadi pasangan hidup dengan pelbagai cara. Sehingga, kadang-kadang
tanpa peduli norma dan aturan agama. Sikap sebegini boleh ‘membahayakan’ bagi
seseorang perempuan. Sifat tergesa-gesa boleh membawa akibat tidak baik.
Misalnya, dia tidak akan selektif dalam memilih siapa calon pasangannya – main
‘tangkap’ saja. Kriteria-kriteria suami idaman juga lenyap ditimbuni oleh
desakan-desakan keluarga. Akibat yang paling buruk dari sikap ini adalah timbul
penyesalan di kemudian hari. Tumbuhnya kekecewaan pada pasangan kerana tidak
terlalu mengenal karakternya yang berkemungkinan besar berakhir dengan
penceraian. Minta dijauhkan!
Sikap kedua adalah pasrah. Sikap ini biasanya beralasan,
“Daripada jadi andartu, lebih baik saya terima.” Ada mungkin sebahagian
perempuan yang berfikir demikian, atau akan berfikir demikian. Biasanya dia
tidak kuat menahan desakan orang tua atau keluarganya. Kerana orang tua tidak
ingin melihat anaknya menjadi andartu, maka mereka mencarikan jodoh untuk
anaknya. Seandainya orang tua benar-benar memahami kriteria seorang suami yang
soleh, maka hal ini tentunya baik bagi si gadis. Akan tetapi akan menjadi
masalah yang serius andai orang tuanya main tangkap muat saja lelaki yang bakal
menjadi calon pasangan anaknya.
Kebanyakan orang tua sekarang pertimbangannya sangat
pragmatis. Dia mencari jodoh buat anaknya dengan hanya menggunakan pertimbangan
material. Sehingga lelaki yang dianggap berkecukupan, memiliki pekerjaan tetap
maka dia layak menjadi menantunya. Pertimbangan agama sama sekali tidak
dititikberatkan. Dalam hal inilah perempuan berada di dalam dilema. Untuk
menolak jelas tidak mungkin, kerana dia tidak punya alternatif. Untuk menerima
terasa berat, kerana lelaki yang dipilih orang tuanya sangat jauh dari kriteria
suami idamannya. Akhirnya dengan berat hati dia menerima lelaki itu sebagai suaminya.
Pilihan yang paling sesuai saat ‘penantian’ bagi
perempuan adalah sikap proaktif. Bersikap proaktif bukan bererti pasrah tanpa
usaha sama sekali. Namun bukan pula bertindak tanpa perhitungan dan
pertimbangan. Sikap proaktif itu bererti berdoa sekaligus berusaha pada
landasan yang dibenarkan agama untuk merealisasikan doa tersebut. Ada
sebahagian perempuan yang berpendapat, “Kalau memang jodoh merupakan dari
takdir Allah, mengapa kita harus mengejarnya? Bila sudah takdir pasti akan
datang sendiri?”
Sebenarnya inilah kekeliruan lagi sebahagian manusia.
Allah SWT telah menetapkan takdir bagi kita para hamba-Nya. Yang mengetahui
takdir hanya Allah sahaja, kita tidak tahu takdir yang akan kita terima. Kita
diperintah untuk melakukan kebaikan maka kita sebagai mukmin harus memilih
jenis perbuatan yang baik. Kita sebagai manusia dianugerahi akal dan fikiran.
Di samping itu kita juga diberi hak ikhtiar (berusaha). Kita juga diberi
pedoman berupa al-Quran dan Sunnah, sehingga boleh membezakan antara kebaikan
dan keburukan. Dengan begitu kita dituntut untuk berusaha dan beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































