Monday, 27 May 2013

Panduan Diet Untuk Tulang Sihat

0 comments

Diet
Untuk kesihatan tulang, apa yang anda tidak boleh makan sama pentingnya dengan apa yang anda perlu makan. Gula misalnya perlulah dikurangkan pengambilannya. Selain itu, pengambilan terlalu banyak garam di dalam diet juga boleh menyingkirkan kalsium dari tubuh menerusi air kencing. Satu kajian mendapati, penambahan satu sudu garam dalam diet wanita muda akan meningkatkan jumlah kehilangan kalsium di dalam air kencing. Jumlah ini mencukupi untuk mengurangkan kepadatan massa tulang sehingga 1.5% setiap tahun. Adalah penting untuk memastikan pengambilan protein dari haiwan dan dua hidangan sayuran dilakukan dalam menu harian. Jangan lupakan juga mengambil makanan yang kaya dengan khasiat kalsium misalnya sayuran berdaun hijau dan produk tenusu dalam diet anda.

Makanan Tambahan
Kalsium dan magnesium telah digunakan secara klinikal demi menghalang risiko osteoporosis. Nutrien ini sangat berkesan sehinggakan Harvard Health Letter telah mengiktirafnya sebagai salah satu di antara 10 sumber perubatan yang terbaik. Menerusi kajian, kalsium dipercayai berkesan menghalang tahap kesusutan tulang dan memperbaiki jumlah kalsium yang diperlukan untuk wanita pra-menopaus. Satu kajian yang dijalankan kepada wanita yang berusia 50 hingga 84 tahun mendapati mereka yang mengambil jumlah kalsium sebanyak 1000 mg setiap hari mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mengalami masalah kerapuhan tulang. Selain itu, kajian turut mendapati pengambilan makanan tambahan yang mengandungi 500 mg kalsium dan 600 mg magnesium mampu menghalang masalah kerapuhan tulang bagi wanita yang sedang menghampiri menopaus.

Leave a Reply

Labels