Thursday, 30 May 2013
Johan Sudah Berpunya
Johan Akui Sudah Berpunya
Bintang filem "Juvana", Johan As'ari mengakui dia kini sudah mempunyai teman istimewa tetapi enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu kepada umum.
"Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari tanah suci Mekah, kami bertemu semula dan menjadi rapat," ujarnya seperti dipetik daripada Harian Metro.
Jelas aktor berusia 26 tahun ini, antara sebab utama dia tertarik pada gadis itu adalah kerana dia pandai menjaga solat.
"Apabila seorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya.
"Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. InsyaAllah, jika ada jodoh, ada berita gembira nanti dan saya akan maklumkan kepada rakan media serta peminat," ujarnya.
Sebelum ini pemilik nama sebenar Johan Ariff As'ari ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan aktres Nabila Huda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































