Thursday, 30 May 2013

Paris Hilton Bakal Lancar Album Baru

0 comments



Paris Hilton Bakal Lancar Album Baru

Paris Hilton dijangka melancarkan album keduanya tidak lama lagi selepas muncul dengan album "Paris" lebih enam tahun lalu iaitu pada 2006. Dipetik daripada Billboard, album kedua Hilton akan diriliskan oleh Cash Money Records, sebuah label yang telah menandatangani banyak nama besar dalam industri muzik seperti penyanyi rap Lil Wayne, Nicki Minaj dan Drake.

Berita ini telah diumumkan oleh pengasas label tersebut, Bryan 'Birdman' Williams melalui akaun Twitter miliknya. Bakal mempertaruhkan genre house music, album kedua Hilton ini akan diterbitkan oleh penerbit dan DJ terkenal, Afrojack dan turut menampilkan Lil Wayne.

Hilton sebelum ini popular dengan lagu hit "Stars Are Blind" yang berjaya menduduki nombor 18 dalam carta Billboard Hot 100.





Leave a Reply

Labels