Monday, 13 May 2013

Jom Bakar Kalori Banyak-Banyak

0 comments


Anda naik LRT untuk sampai ke tempat kerja? Kalau anda biasa turun di stesen ke sembilan untuk sampai, cubalah turun di destinasi yang ke lapan terlebih dahulu. Kemudian, anda habiskanlah perjalanan seterusnya dengan berjalan kaki. Begitulah juga halnya ketika anda ingin pulang ke rumah. Turunlah di destinasi lebih awal agar anda dapat berjalan kaki untuk menghabiskan baki perjalanan yang ada. Petua ringkas : pakailah kasut bertapak rata sepanjang perjalanan. Kalau anda memang suka berkasut tinggi, simpan kasut itu di pejabat dan tukar sebelum anda ingin pulang. Dengan ini, bukan tubuh sahaja yang cergas, kesihatan kaki juga terpelihara.

Naiklah tangga, bukannya ‘elevator’ atau ‘escalator’. Kemajuan teknologi moden sebenarnya membuatkan manusia semakin malas. Janganlah pula anda terpedaya dengan semua ini. Kalau ada pilihan untuk anda lebih cergas, gunakanlah pilihan yang ada itu walaupun anda dikatakan kuno. Biarkan orang berkata kerana anda yang tahu tubuh anda sendiri.

Letak kenderaan jauh sedikit dari destinasi. Kalaupun anda melihat masih banyak petak kosong meletak kenderaan yang dekat dengan pintu masuk pejabat, buat-buatlah tidak nampak. Letakkan sahaja kereta beberapa ratus meter dari pejabat dan usahakanlah untuk berjalan kaki.

Letakkan barangan keperluan kerja misalnya sampul surat, klip, gunting dan boring penting jauh dari meja anda bekerja. Dengan ini, anda haruslah bangun dari kerusi dan bergerak setiap kali anda ingin menggunakannya. Ini juga berkesan untuk membakar lebih kalori.

Waktu rehat, usahakanlah untuk bergerak ke sana sini. Kalau anda tidak keluar dari kawasan pejabat, cubalah berjalan dari kantin menuju ke surau dan ke tandas pula. Walaupun peluh yang keluar tidak sebanyak mana, anda mesti sedar yang setiap pergerakan yang berlaku itu tetap membakar kalori.

Ketika anda menjawab panggilan telefon bimbit atau ingin membuat panggilan, cubalah berjalan-jalan daripada hanya duduk di kerusi. Begitu juga ketika anda ingin membaca suratkhabar. Elakkan daripada duduk sebaliknya bacalah akhbar dalam keadaan berdiri.

Leave a Reply

Labels