Monday, 13 May 2013
Panduan Pemakanan Semasa Hamil & Menyusui
Tumbesaran dan tingkat kesihatan anak-anak kecil
bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Disebabkan itu, wanita yang hamil
perlu menjaga pemakanan agar nutrisi yang betul dan mencukupi dapat membantu
tumbesaran bayi dalam kandungan.
Pada kehamilan normal di mana ibu dan janin berada
dalam keadaan yang sihat, lazimnya doktor dan pakar tidak menyarankan para ibu
pengambilan suplemen pranatal. Namun, umumnya wanita hamil memerlukan suplemen
tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram (mcg) setiap hari. Ini penting
diamalkan sebulan sebelum usia kandungan belum sampai ke peringkat trimester
pertama.
Asid folik berfungsi mengurangkan risiko ‘neural tube
defects’ (salah satu kecacatan saraf sejak lahir) pada bayi sebanyak 70%. Jika
kecacatan ini pernah terjadi kepada anak yang dilahirkan sebelumnya, bererti
pengambilan asid folat memang diperlukan. Suplemen pranatal biasanya sudah
mengandungi asid folik, tetapi jika tidak, pastikan asid folik dimasukkan di
dalam menu makanan harian.
Selain itu, suplemen zat besi juga penting selama
tempoh kehamilan dan menyusui anak adalah 1000 mg sehari. Selama tempoh ini,
kalsium yang terdapat pada tulang ibu telah banyak diserapkan kepada bayi. Atas
alas an itu, pengambilan kalsium oleh para ibu sangat penting bagi menghindari
berlakunya osteoporosis di kemudian hari.
Antara makanan-makanan lain yang membantu menambah
penghasilan susu ibu adalah seperti berikut :
Kekacang
Kurma
Jambu batu
Betik
Lobak putih
Peria
Sawi
Kacang panjang
Kacang buncis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































