Monday, 27 May 2013
Jom Makan Kacang!
Mari Makan Kacang
Saiznya kecil namun, khasiatnya kepada kesihatan amat besar. Dalam tidak sedar kekacang mengendungi pelbagai zat yang baik untuk tubuh dan elok jika dimakan selalu bagi menghalang diri daripada menghidap pelbagai penyakit.
Kacang Tanah
Kacang kaya dengan lemak, mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks serta fosforus. Bukan itu sahaja, kacang ini juga mempunyai khasiat vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protein dalam kacang tanah jauh lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit. Makan satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.
Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia.
Namun bagi mereka yang berhadapan masalah ketumbuhan atau barah payu dara, dicegah mengambil makanan ini. Begitu juga pesakit gaut dan mereka yang mempunyai masaalah jerawat dinasihatkan berhenti mengambil kacang tanah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































