Monday, 27 May 2013

Lelaki dan Kemeja

0 comments



Lelaki dan Kemeja

Tidak seperti wanita yang mempunyai banyak pilihan, lelaki perlu bijak memilih pakaian agar tampak lebih bergaya. Baju, seluar dan jaket antara barang kemestian dalam almari si teruna. Kemeja kolar pula tidak terhad dipakai ke pejabat sahaja. Mari kita amati jenis-jenis kemeja. Anda boleh pelbagaikan gaya jika tahu caranya.

Berlengan pendek
Baju-T beri ilusi ringkas namun anda tampil lebih klasik dan elegan jika memadankannya dengan kemeja polos berlengan pendek pada bahagian luar. Pemakaian kemeja ini secara tidak langsung memberi aura kasual pada si pemakai.

Berjalur-jalur
Cuba pakai kemeja berjalur berlainan warna bersama blazer atau baju panas. Tidak perlu bertali leher sekiranya anda memakai kemeja jenis ini ke pejabat kerana motif jalur memberi kesan kemas. Jika masih perlu memakai tali leher, pilih rona polos dan terang supaya tidak berserabut.

Berpetak-petak
Jika tidak kena gaya, pemakaian sut membuatkan anda kelihatan begitu membosankan. Bagi ‘menghidupkan’ penampilan, pakai kemeja berpetak petak dan gandingkan bersama jean kegemaran.

Polos bersulam
Si penggemar kemeja jenis ini berpersonaliti serius dan pada masa sama suka bergembira. Sulaman penuh berseni, biasanya pada bahagian atas atau bawah kemeja menjadikan anda tampak santai walaupun berkolar. Usah takut bereksperimen dengan corak dan warna sulam.

Ala tentera
Sesuai buat pencinta kebebasan. Kemeja ala tentera butang berderet lebih serasi dipadankan bersama seluar khakis dan jean sendat. Bentuk badan tampak tegap dan lebih seimbang.





Leave a Reply

Labels