Monday, 27 May 2013
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan
yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan
makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, “ Diri Anda
Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam
soal kesihatan.
Malaysia
dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi
usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat
badan (obesiti). ”
Sumber
dari berita harian
Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program
dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1.
Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh
badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini
menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik
dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2.
Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan
seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan
mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3.
Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah
satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil
makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh
badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu
gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu
diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4.
Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan
zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup
cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami
dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan
aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu
mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan
tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan
menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita
semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































