Monday, 27 May 2013
22 Tip Diet Sihat Serta Cara Pemakanan Mengikut Sunnah Rasullullah S. A.W
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan
khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat
daripadanya.
Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet
Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh
teladan yang terbaik buat semua umat manusia.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama
makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda
SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak
pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan
oleh pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan
dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya
mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin
mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain
yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem
pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW tak
pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.
Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak
mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara tatacara
pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah
tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi
Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di
kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai
dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut
mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka
akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam
tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Rasulullah SAW melarang meminum
susu bersama cuka.
Kerana
cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis
perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
3. Elakkan meminum susu
bersama makan buah.
Contohnya koktel.
kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang
menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan
bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam
Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan
laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut
dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga,
sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang
penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan
buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum
atau roti.
Makan
buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah
selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila
kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh
dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan
bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut
Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala
penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya
berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah
sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem
pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan
kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah
berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam
sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda
pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir
(lelah/asma).”
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum
asli.
Gandum sempurna (whole
grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia
mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko
penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti
gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60
peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai
zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain
menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil
sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah
berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan
roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi
roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai
makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan
untuk kesihatan manusia.
Kandungan
serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang
terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa
digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah
tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak
serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan
tersebut.
Bukhari dan Muslim
meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama
sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air.
Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini,
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai
bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8
peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu
mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Rasulullah SAW juga mengemari
sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun
kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga
mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi
silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan
sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana
mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang
berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang
lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga menggalakkan
penggambilan madu.
Baginda SAW
mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia
menghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb)
bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan
meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan
melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara
yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria
yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum
sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan,
minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah
makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena
penyakit kembung air.
Meminum
air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga
yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan
awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang
manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa
para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya
makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia
lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk
mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan
selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan
untuk menolak 70 macam penyakit dan
ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa
sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan
kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW
bersabda,
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut,
‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni
wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan
kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW
bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu,
sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari
tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah
jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat
percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan
mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak
mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya,
sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari
segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat
shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana
sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab
Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya
yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang
dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui
apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang
melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau
pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu
mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang menunggu
makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
Makan dan minum perlulah
dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan
menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal
kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama
keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang
yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak
pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan
sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah
berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan
malam.
Sesiapa
yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya
kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma
untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran
bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap
kesihatan kita.
Masa bayi
terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit
dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur
seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para
penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk
beribadat.
20. Elakkan kekenyangan sebelum
tidur
kerana ia berperangai
seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi
Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang
kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi
kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum
tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh
badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal,
pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam
sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa
selama sebulan pada
bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin
kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila
bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan
selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi
menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka
puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau
manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22.Tidak makan makanan larangan
Islam melarang penganutnya untuk
meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan
tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis,
(darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik
lagi beracun.
Kesimpulannya, pengambilan
diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah
SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun
dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan
pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi
oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan
penyemprnaan ibadah yang bermutu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































