Monday, 27 May 2013

Khai dan Rosma Saling Mempercayai

0 comments



Khai dan Rosma Saling Mempercayai

Tidak semua pasangan selebriti yang berjaya mengekalkan keutuhan rumah tangga mereka dalam jangka masa yang panjang. Namun, bagi Khai sendiri, dia berharap agar dirinya tidak menjadi sebahagian daripada selebriti yang gagal dalam perkahwinan.

Mengakui dugaan dan cabaran dalam perkahwinan sesama selebriti sangat kuat, namun Khai tetap mengutamakan kepercayaan dan saling memahami antara satu sama lain.

"Alhamdulillah, setakat ini, hubungan kami masih utuh. Walaupun sentiasa sibuk, ruang dan masa yang ada harus dikongsi bersama.

"Bagi saya, sikap tolak ansur dan tidak membesarkan perkara yang kecil adalah langkah yang sepatutnya diambil. Dalam rumah tangga, semestinya ada percanggahan pendapat, namun ia boleh dibawa berbincang.

"Jika salah, jangan lokek untuk meminta maaf. Kita juga tidak boleh berahsia dengan pasangan kerana lambat laun, pasangan kita akan dapat tahu juga. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan pergaduhan yang sukar dikawal," katanya yang tidak pernah melarang Rosma untuk menceburi bidang lakonan.

Sementara Rosma bagaimanapun lebih selesa menguruskan rumah tangga sendiri.

"Saya tidak suka berlakon dan tak akan berlakon. Cukup Khai seorang yang berlakon dan saya hanya fokus dalam bidang nyanyian sahaja," katanya.





Leave a Reply

Labels