Monday, 27 May 2013

Panduan Urus Kewangan

0 comments


1. Senaraikan bajet yang diperuntukkan secara bulanan, mingguan dan harian.

2. Ketepikan 10% hingga 20% untuk simpanan. Anda boleh menambahkan nilai wang anda memlalui pelaburan.

3. Untuk persediaan hari muka, anda boleh membeli insurans untuk jangka masa tertentu.

4. Dahulukan bayaran wajib seperti rumah, kereta dan bil-bil.

5. Untuk manfaatkan wang yang diperoleh, jangan lupa berikan sumbangan kepada ibu bapa dan bantu keluarga terdekat.

6. Bagi mereka yang berkemampuan bolehlah membeli aset seperti hartanah dan perniagaan untuk menjana kewangan pada masa akan datang.

7. Buka akaun untuk setiap anak anda. Pilih akaun bank yang boleh member manfaat untuk pendidikan anak.

8. Bagi orang Islam, tunaikan tanggungjawab anda iaitu zakat pendapatan.

9. Elakkan sikap berhutang.

10. Elakkan membeli pelaburan yang tidak jelas perniagaannya.

11. Senaraikan barang keperluan sebelum ke pasar raya.

12. Elakkan menyalahgunakan kemudahan kad kredit. Jadilah pengguna yang bijak.

13. Rajin membaca bahan mengenai pengurusan kewangan atau rujuk pada pakar kewangan (contohnya bank).

14. Elakkan membawa wang yang lebih dari keperluan. Ia lebih menjurus kepada peluang untuk berbelanja daripada sepatutnya.

15. Sebagai ibu tunggal, perancangan kewangan perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati dan berdisiplin.

16. Sediakan tabung darurat iaitu perbelanjaan hidup untuk beberapa bulan sekiranya berlaku risiko kehilangan pekerjaan, hilang upaya, kos rawatan penyakit dan hilang tempat bergantung (akibat perceraian atau kematian).

17. Anda boleh mencari peluang perniagaan yang tidak mendatangkan risiko yang tinggi. Mulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan tetapi lakukan ia dengan penuh komitmen.

18. Hobi boleh dikembangkan kea rah perniagaan seperti menjahit, memasak dan sebagainya. Mulakan pelanggan dari kalangan keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran. Anda boleh melakukan perniagaan ini dari rumah.

19. Ambil sikap ramah dan mudah berkawan yang memungkinkan anda mendapat peluang-peluang perniagaan atau berkongsi pengalaman untuk berjaya uruskan kewangan lebih baik.

20. Apa-apa pun, letakkan matlamat anda dalam menguruskan kewangan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang sebagai langkah persediaan.

Leave a Reply

Labels