Thursday, 30 May 2013

KIL Ditayangkan di Cannes

0 comments



KIL Ditayangkan di Cannes

Filem sulung arahan Nik Amir Mustapa dan terbitan Primeworks Studios, "KIL" adalah antara empat buah filem tempatan yang terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes di Perancis pada 15 hingga 24 Mei akan datang.

Dipetik dari Harian Metro, filem "Vikingdom" (KRU Studios), "Bola Kampung The Movie" (Animasia Studio) dan "Penanggal" (Tayangan Unggul) juga akan turut ditayangkan di anugerah Marche Du Film bersempena festival filem berprestij itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM), Datuk Mohd Mahyidin Mustakim, pihaknya tidak sabar untuk menayangkan filem hasil seni tempatan di acara itu dalam usaha menarik penggiat filem luar ke pasaran tempatan.

"Ini kali pertama kami akan membawa karya ke peringkat dunia dan kami berharap akan mampu menggarap perhatian serta minat pemain industri dari serata dunia sekali gus melonjakkan Pendapatan Kasar Nasional (GNI).

"Pada masa sama, kami akan menggunakan peluang ini untuk mempromosikan pasaran filem dengan mengetengahkan kandungan filem tempatan di pentas luar termasuk pelbagai festival filem lagi."

Jelasnya lagi, CCAM berharap akan membuka langkah untuk lebih banyak filem tempatan ke luar dan pihaknya juga akan giat menganjurkan pelbagai misi perdagangan filem pada masa akan datang dan mengintai kerjasama dengan pemaian industri filem kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

"KIL" mengisahkan seorang lelaki bernama Akil yang ingin membunuh diri, tetapi tiada keberanian. Dia mendaftar di sebuah agensi yang membantu untuk membunuh, sehinggalah dia mengenali seorang wanita bernama Zara.





Leave a Reply

Labels