Thursday, 30 May 2013

Perkahwinan Unik Artis

0 comments



Perkahwinan Unik Artis

Travis Barker & Shanna Moakler
Pemain dram kumpulan Blink-182 dan bekas Ratu Cantik USA ini mungkin sudah berpisah, tapi suatu masa dahulu, mereka memilih tema seram untuk majlis perkahwinan mereka. Memandangkan Barker melamar Moakler di Haunted Mansion, Disneyland, tiada siapa yang terkejut apabila mereka mendapat ilham untuk mengadakan resepsi ala "Nightmare Before Christmas" untuk majlis mereka pada 31 Oktober 2004.

Adrianne Curry & Christopher Knight
Satu lagi pasangan yang kini sudah berpisah, pelakon "The Brady Bunch", Christopher Knight dan bekas juara "America's Next Top Model" musim pertama, Adrianne Curry suatu masa dahulu memilih untuk berkahwin dengan tema "Phantom of the Opera". Namun begitu, pada ulangtahun kelima perkahwinan mereka, pasangan tersebut mengumumkan perpisahan mereka.

A.J. McLean & Rochelle DeAnna Karidis
Sebagai seorang bekas bintang pop sebuah kumpulan idola terkenal era 90-an, ramai yang tidak menduga A.J. McLean, anggota kumpulan Backstreet Boys akan memilih tema yang pelik. Namun dia dan teman wanitanya, Rochelle DeAnna Karidis, memilih tema gothic untuk majlis perkahwinan mereka pada tahun 2011. Tapi seperti mana yang dikatakan rakan sekumpulannya, Howie Dorough, "A.J. cukup gila untuk apa saja."

Amber Tamblyn & David Cross
Bintang "House" berusia 29 tahun ini mengahwini suaminya, pelakon "Arrested Development", David Cross dalam majlis yang mesra alam pada tahun 2012, malah memiliki hashtag Twitternya sendiri, #weddinginthewoods. Dalam majlis yang serba sederhana ini, pengantin perempuan tiba menaiki kenu dalam gaun kuning dan berkaki ayam. Antara tetamu jemputan termasuk pelawak Amy Poehler, bintang "Gilmore Girls" Alexis Bledel, dan pelakon "Green Lantern", Ryan Reynolds.

Katy Perry & Russell Brand
Tiada bezanya dengan pasangan bercinta lain yang ingin cinta mereka sekukuh cinta Shah Jahan pada isterinya Mumtaz, bintang pop Katy Perry dan pelawak Inggeris Russell Brand telah mengadakan majlis perkahwinan mereka di India pada Oktober 2010. Pasangan tersebut dilaporkan muncul di majlis menaiki gajah bagaikan keluarga diraja India. Malangnya, tidak seperti Shah Jahan dan Mumtaz, setahun kemudian, mereka berpisah.

Ashlee Simpson & Pete Wentz
Apa yang berlaku apabila bintang pop rock dan gitaris berkahwin? Mereka memilih tema yang sesuai dengan identiti mereka. Bagi Ashlee Simpson dan Pete Wentz, tema unik tersebut adalah Alice in Wonderland. Resepsi kedua pasangan tersebut juga menyediakan kek dengan tema parti teh 'Mad Hatter', yang dilengkapi teko, topi dan jam poket yang boleh dimakan. Tapi seperti klise perkahwinan bertema unik, mereka berpisah selepas hampir tiga tahun bersama.

Mariah Carey & Nick Cannon
Mereka mungkin memilih tema yang menyeronokkan, apabila perkahwinan secara rahsia Carey dan Canon diadakan di Bahamas dan resepsinya diadakan di taman tema Six Flags Magic Mountain. Namun apa yang lebih mengujakan berbanding permainan roller coaster, adalah penyatuan dua insan yang tidak disangka-sangka ini.

Noh Hujan & Mizz Nina 
Minat yang sama terhadap anime, muzik, makanan dan apa saja yang berkaitan dengan Jepun, selain dari bajet yang cukup besar, membolehkan Noh dan Mizz Nina memilih tema Jepun untuk majlis perkahwinan mereka di Hotel Double Tree by Hilton pada tahun 2011. Dari pelamin, dekorasi dewan dan makanan, semuanya menerapkan elemen Jepun. Malah Nina dan Noh juga muncul dengan busana rona emas rekaan Michael Ong yang juga menampilkan kombinasi Melayu dan Jepun.





Leave a Reply

Labels