Sunday, 5 May 2013

Langkah untuk Mengundi

0 comments



Langkah untuk Mengundi

Semakan
Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan dalam Laman Web SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6500) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui SMS yang dibuka semasa musim pilihan raya.


Masa Mengundi
Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut masa yang diumumkan oleh SPR


Dokumen Yang Perlu Dibawa
Dokumen yang diperlukan ialah Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru. Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :

Pasport Malaysia Terhad
Pasport Malaysia
Lesen Memandu yang bergambar
Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.


Adakah perlu menyemak semula di barung SPR?
Pada hari pengundian, pemilih yang telah mengetahui nombor saluran tempat mengundi tidak perlu berbaris di barung untuk menyemak nombor salurannya. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan dan menunggu gilirannya untuk mengundi.


Sumber : SPR





Leave a Reply

Labels