Tuesday, 7 May 2013

Lebatkan Rambutmu

0 comments



Lebatkan Rambutmu
Rambut adalah mahkota wanita. Kerana itulah juga ia termasuk dalam salah satu dari aurat wanita. Berikut adalah petua tradisional yang diamalkan untuk mendapatkan rambut yang lebat dan hitam.  
  1. Ambil pati santan dan gosokkan diseluruh kulit kepala dan rambut.
  2. Balut dengan tuala dan biarkan selama sejam atau lebih (ikut kemampuan)
  3. Buka balutan dan gosok kulit kepala dengan asam jawa.
  4. Bilas dengan air dan syampo lah rambut seperti biasa.

Menurut beberapa kajian, campuran garam kasar dalam syampu merupakan salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan rambut yang lebih lebat.

Ini kerana kulit rambut juga perlukan pengelupasan untuk membuang segala jenis kotoran dan sel kulit mati. Apa yang baik mengenai garam kasar adalah ianya tidak akan mengakibatkan kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi melembapkan rambut. 

Untuk mendapatkan rambut lebat, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan syampu yang dicampur dengan garam kasar yang mana nisbah syampu dan garam tersebut adalah sebanyak 2:3. Pastikan garam yang digunakan adalah cukup kasar untuk memudahkan pengelupasan kulit kepala. 

Walaubagaimanapun, cucian rambut dengan garam kasar hanya elok dilakukan sekali dalam sebulan sahaja kerana pengamalan lebih dari sekali akan mengakibatkan kulit kepala yang lebih nipis dan mudah radang.

** Sumber - Yahoo





Leave a Reply

Labels