Monday, 13 May 2013
Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita
VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita,
jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta
menunjukkan sifat kemalu-maluan. Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya
tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan
pernah berbuat salah.
Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu – diterbitkan semalam dalam
jurnal Emotion – menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada
pandangan wanita. Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi
lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.
Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti
mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman. “Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu
kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.
Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih
berminat kepada lelaki nakal. Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap
daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum. “Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain
diambil kira. – Reuters
Sumber : hmetro
P/s : senyum tak perlu kata apa-apa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































