Monday, 13 May 2013
Michael Ang Ganti Pak Nil Dalam MasterChef
Michael Ang Ganti Pak Nil Dalam MasterChef
Pengacara terkenal tanahair, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil terpaksa menarik diri dari cabaran MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi setelah memberitahu ibunya kini sedang mengalami masalah kesihatan.
Pengumuman penarikan diri Pak Nil itu diumumkannya sendiri selepas berakhirnya pusingan Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran malam tadi. Ini sekaligus membolehkan Michael Ang yang sepatutnya tersingkir dari MSM2 dapat meneruskan kembali perjuangan dalam saingan seterusnya.
Terdahulu, 4 orang peserta terpaksa bersaing dalam saingan Ujian Sajian Pantas kerana gagal menghasilkan hidangan terbaik dalam saingan Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa semalam. Empat peserta itu ialah Pak Nil sendiri, Micahel Ang, Syani dan Lydiawati.
Cabaran mereka pada malam tadi ialah bertemakan masakan tuna dan pada akhir saingan, Michael Ang adalah peserta yang gagal memuaskan hati juri dengan masakannya. Ini sekali gus menjadikan Michael Ang sebagai peserta yang sepatutnya tersingkir namun secara tiba-tiba Pak Nil tampil dan membuat pengumuman mengejutkan yang dia terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan ibunya.
Justeru di atas kebenaran juri, Pak Nil mengambil slot Michael Ang yang sepatutnya tersingkir dan membolehkannya terus bersaing dalam Cabaran Sajian Luar. Dengan pengunduran Pak Nil juga bermakna Pak Nil berjaya mengumpul RM3,500 untuk Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.
13 peserta yang tinggal akan meneruskan cabara MSM2 di mana mereka dibahagikan dua kumpulan iaitu Merah dan Biru. Celina akan mengetuai pasukan Biru manakala Norish Karman akan mengetuai pasukan Merah. Kumpulan manakah yang akan tewas dan seterusnya terpaksa bersaing untuk mengelakan diri mereka dari tersingkir? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia 2 hanya di Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134)
Sumber : Murai.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































