Saturday, 4 May 2013

Panduan Berfesyen

0 comments



Panduan Berfesyen Mengikut Islam

Islam itu mudah,ringkas dan indah. Kita yang menyempitkan pemikiran kita mengenai islam. Berfesyen itu tidak salah tapi kita yang menjadikannya sesuatu yang salah. Islam sentiasa meletakkan garis panduan untuk umatnya dalam apa jua perkara. Wanita sinonim dengan fesyen kerana wanita adalah sesuatu yang cantik sebenarnya. Kalau diperhatikan, wanita ini sangat istimewa sehingga wujudnya surah An-nisa untuk wanita.Begitu kasihnya ALLAH pada kita.


Panduan berfesyen menurut Islam:

1)Menutup aurat
2)Pakaian longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh
3)Pakaian tidak jarang dan tidak nipis
4)Melabuhkan tudung hingga menutup dada
5)Pakaian tidak menyerupai lelaki
6)Pakaian tidak menyerupai orang kafir


Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.


Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun. Tanpa kita sedari ada banyak hikmah yang ALLAH beri jika kita betul-betul ikut cara Islam. Kesimpulannya,wanita tidak salah berfesyen asalkan mengikut syariat Islam.





Leave a Reply

Labels