Saturday, 4 May 2013
Tuntutan atau Trend?
Bertudung : Tuntutan Atau Trend
Pemakaian tudung mencetus satu fenomena tersendiri apabila ramai golongan kaum hawa kini mula menyedari akan kewajipan dituntut agama. Ledakan itu turut tempias kepada cabang bisnes dan rekaan kreatif tudung.
Bagaimanapun timbul persoalan terhadap pemakaian itu selepas ia ditransformasikan dengan pelbagai fesyen sehingga ‘hilang’ tujuan sebenar seperti disyariatkan dalam Islam. Mungkin kerana pengaruh ramai selebriti yang bertudung dan difikirkan sebagai satu fesyen. Visualnya, mereka (selebriti) lebih tampak cantik dan berseri. Itu lebih membuatkan mereka ingin mencuba dan melakukan eksperimen kepada penampilan diri hingga meletak tepi yang memakai tudung adalah kewajipan dan bukannya atas nama ketrampilan.
Menutup aurat adalah perkara wajib, tapi kalau setakat bertudung, hanya menutup kepala, tidak mengambil berat isu jenis kain dan saiz bidang, apakah pemakaian tudung itu tuntutan atau sebaliknya? Fesyen memang dibolehkan, Islam tidak melarang untuk berfesyen. Dalam al-Quran tercatat: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara keaibannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (jilbab)nya ke dadanya”. (QS. An-Nur : 30-31)
Kalau dilihat, fesyen bertudung kebanyakan pendek di bahagian dada, tapi labuh di bahagian belakang. Tapi Allah, memerintahkan ‘labuh di bahagian dada’. Perkara ini, dilihat sebagai perbezaan wanita Islam dan wanita rahib, takut-takut melalui fesyen itu, menjadikan kita termasuk dalam kalangan yang tidak sepatutnya, seperti mana hadis Nabi: “Barang siapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka.”
Rata-rata gadis kini menggayakan pelbagai fesyen, daripada tudung bawal ke selendang dan terbaru, turban yang menampakkan bentuk leher. Kadang-kadang jika berbalik dari sudut agama, jelas lari daripada konsep sebenar. Ingin kelihatan cantik tidak salah dan itu memang lumrah setiap manusia, lebih-lebih lagi golongan hawa.
Gen.Y tertarik ingin mendengar sendiri komen dan pandangan remaja mengenai situasi yang berlaku ini. Adakah ia satu fesyen atau pengaruh sekeliling yang membuatkan gadis bertudung mengetepikan hukum dan mengambil kira soal perubahan fesyen yang tidak menepati syarak.
Terkenang kata-kata Ustaz Don Daniel, yang menyatakan: “Lilitlah tudung apa yang kamu nak pakai, asal tutup bawah paras dada, pakailah baju berjenama apa pun, asal longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh badan kerana Islam itu memelihara kaum wanita.”
Sumber : Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































