Monday, 27 May 2013
Petua Kecantikan Semulajadi
Petua
Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3
kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut
dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Penawar
Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut
air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah
hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai
kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan
ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke
pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya
sungguh menakjubkan.
Melicin
dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di
sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih.
Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan
Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas
itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia
dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan
kulit kita segar...
Menghilangkan
Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam
daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu
akan beransur pulih.
Menyerikan
Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang
bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali
sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah
wajah anda.Selamat mencuba.
Menghaluskan
Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka
dgn air suam.
Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk
membersihkan kulit.
Menghilangkan
Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Badan
Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan
lada hitam.
Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan
menjadi ringan dan bertenaga.
Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan
pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan
Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan.
Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga
mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan
seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Merawat
Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan
bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu
lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan
Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum
masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan
selalu hingga bulu mata semakin lentik
Menghilangkan
Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air.
Jgn terlalu cair.
Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut.
Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan
Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu
lebah.
Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn
tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.
Awet
Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan
dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti
Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat
Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air
suam. Apabila
halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Kulit
Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa
mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insyaallah,
kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut
Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3
kali.
Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan
Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu
panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan
Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.
Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan
beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan
Perut (1)
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan
lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas
bersalin (bengkung)
Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat
perut sahaja,amalkan setiap malam.
Mengekalkan
Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di
samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan
sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan
Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah
dihancurkan .
Mengatasi
Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat
cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan
kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam .
Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum
haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul
kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum
ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan
berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua
tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama
saya tak dapat senggugut.
Menegangkan
Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2
India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila
suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu
sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan
setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan
Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan
ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya
rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda
akan merasai perubahannya.
Mengempiskan
Perut (2)
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan
semalaman.
Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh
muka atau membuang air kecil.
Mengelak
perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum
air setelah selesai makan
Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua
ini dapat mengelakkan perut buncit.
Menyegarkan
Mata
Ambil timun yg telah dihiris.Lekapkan pada kelopak mata. Pejamkan
mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Menaikkan
Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga.
Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Merawat
Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak
Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh
hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap
ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah
anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Mengurangkan
Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan
dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan
tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam
Sihat
Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup
udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki
di atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan
Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur
dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan
sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan
Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan
serbuk ini dengan sedikit air.
Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah
sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan
sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai
untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak
Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit
kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Menghilangkan
Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain
itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian
bawah ketiak.
Menghilangkan
Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan
rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan
dgn tuala.
Basuh dgn air suam.
Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut
Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan
gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan
selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di
samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilang
Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan
ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan
2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
Menghilang
Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu.
Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi
ketumbit. Lakukan
sekali sehari sehingga ketumbit hilang. Menurunkan Berat Badan (1). Ambil 3
sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan
selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Menurunkan
Berat Badan (2)
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah
airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais.Amalkan
minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Mengatasi
Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus
tumit kaki dengan berus lembut.
Amalkan sebelum mandi.
Awet
Muda (1)
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin,
Khamis dan Jumaat.
Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang
dipotong atau gugur
Awet
Muda (2)
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua
ini.Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi
selawat nabi 3 kali.
Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah
Bangun Pagi
Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi
s.a.w.Niat dalam hati utk bangun pagi. Insya-Allah,esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan
Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat
pada Nabi 3 kali.
Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah,
jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan
Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan
dgn air limau nipis.Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya
menyerupai krim.
Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala
dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas
dgn bersih.Lakukan 3 kali seminggu.Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus
sedikit demi sedikit.
Menghaluskan
Kulit Muka (1)
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau
sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah
dibersihkan.Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu
barulah dibilas.
Memerahkan
Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur.Amalkan
selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Memutih
dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar
hingga jadi abu.
Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan
berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Tegangkan
Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam.Insyaallah
mujarab.
Menghaluskan
Kulit Muka (2)
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia
sejuk.Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air
bersih.
Hilangkan
Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air
suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh
semula.
Mengembalikan
Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.
Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Menguatkan
Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian,
duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa
mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.
Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah
muka.
Menghilangkan
Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari
sekali.
Menghilangkan
Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap
pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Menghapuskan
Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula
timbul. Amalkan selalu.
Mengelak
Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan,pastikan sebelum menjamah
makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah.Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa
rasa geli,jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga
kalau tak dengar bunyi berdengung,berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk
mengelakkan santau melaui angin,jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Meminimakan
Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang
itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia
menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan
segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau
berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal
kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah
ibadat.
Menghilangkan
Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.
Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman.
Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit
akan beransur hilang.
Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan
mengelupas dalam sehari dua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































