Thursday, 9 May 2013

Petua Sebelum Kahwin

0 comments



Petua Sebelum Kahwin

1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi menggelakkan perut buncit.

2. Elak makan ulam berbau busuk seperti petai, jering dan kerdas.

3. Elak minum air berkarbonat kerana mempunyai gula dan gas yang tinggi.

4. Kurangkan makan makanan manis.


5. Kawal dan kurangkan makan setiap hari.

6. Kurangkan makan makanan laut kerana banyak mengandungi toksid.

7. Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu bercampur madu.

8. Minum air halia untuk membuang angin.

9. Elak minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk organ kelamin.

10. Elak minuman keras dan merokok.

11. Elak makanan dan minuman bersifat sejuk.



12. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

13. Jangan makan berulam air bagi mengelakkan perut buncit.

14. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib untuk mengelakkan sihir.

15. Jangan Pandang cermin ketika disolek mak andam untuk elak hilang seri.

16. Jangan membuang alis kerana akan menghilangkan seri pengantin lelaki.

17. Elak daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, bimbang kulit menjadi gelap dan kering.

18. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum diijabkabul.

19. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu, is bertujuan mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang akan membuat wajah pengantin lebih berseri.

20. Elak keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dibimbangi bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.





Leave a Reply

Labels