- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
- Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
- Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
- Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
- Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
- Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
- Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Thursday, 9 May 2013
Pantang Larang Bakal Pengantin
Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































