Thursday, 9 May 2013

Rahsia Sayur

0 comments



Khasiat Sayuran

Dalam dunia moden, semua orang sibuk mengejar masa hingga kerapkali kesihatan diri kurang dititikberatkan. Tapi cukupkah dengan mengambil puluhan biji pil vitamin dalam pelbagai bentuk dan warna setiap hari? Kononnya sebagai pelengkap sajian yang dapat menampung kekurangan vitamin dan zat-zat dalam badan. Sedarkah kita sumber vitamin dan zat semulajadi yang terkandung di dalam sayur-sayuran tidak kurang banyaknya berbanding pil-pil tersebut? 

Telah terbukti sayuran berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung dan kailan mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi. Vitamin C pula banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi.

Sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai cara. Namun begitu, cara yang terbaik adalah dengan memasaknya dalam jangkamasa yang pendek agar dapat mengekalkan sumber vitamin dan zat-zat yang terkandung didalamnya. Lebih menarik lagi, kini sayur-sayuran boleh juga didapati dalam bentuk jus. Ini bermakna kita akan dapat menikmati khasiat sayur-sayuran apabila meminum jusnya.





Leave a Reply

Labels