Thursday, 9 May 2013

Ulam-Ulaman

0 comments



Bagusnya Ulam-ulaman

Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ulam juga merupakan sumber utama Vitamin A, Vitamin C, Asid folik, serat dan zat galian. Kajian saintifik membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan lemak dan seterusnya merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Ulam-ulaman kini juga didapati dalam bentuk jus seperti jus peria, jus pegaga, jus tomato dan Iain-lain jus ulam.


Peluang untuk menikmati khasiat ulam-ulaman terbuka luas dengan meminum jus-jus ulam ini. Dengan ini mudah kita menambahkan Vitamin A, C dan zat-zat galian dalam tabiat pemakanan serta mengimbangkan diet kita dengan baik. Orang tua-tua juga mendakwa berjenis-jenis penyakit dapat disembuhkan termasuk kencing manis, darah tinggi danl ain-lain penyakit merbahaya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ulam juga adalah sumber awet muda. Ulam senang didapati kerana biasanya tumbuh liar atau boleh ditanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan tanah yang luas. Kekal cara hidup sihat, hindarkan diri dari penyakit dan jimatkan belanja dengan mengamalkan tabiat memakan ulam.





Leave a Reply

Labels