Wednesday, 1 May 2013

Sayur dan Buah

0 comments



Mari Makan Sayur dan Buah

Berapa banyakkah buah-buahan dan sayur-sayuran yang saya perlukan?
Pakar mengesyorkan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari (sebaik-baiknya tiga hidangan buah-buahan berwarna kuning dan sayur-sayuran berdaun hijau, dan dua hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain) untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi anda yang sedang membesar. 

Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda benar-benar tidak suka buah-buahan atau sayur-sayuran? Atau jika mabuk hamil membuat anda loya melihat pisang? Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan bahawa anda dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan. 


Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda betul-betul suka Jika anda tidak suka buah beri tetapi sukakan pisang, tidak tahan kubis tetapi sukakan karot, mulalah dengan memakan lebih daripada makanan kesihatan yang anda suka. Beberapa idea:
1. tambahkan pisang yang dihiris ke dalam bijirin sarapan anda;
2. tambahkan karot parut ke roti rol untuk makan tengahari anda;
3. makan dua jenis sayur yang berbeza untuk hidangan utama anda;
4. tambah salad sampingan dengan sayur-sayuran hijau yang anda suka untuk setiap hidangan.





Leave a Reply

Labels