Wednesday, 1 May 2013
Selera Mengandung
Diet dan Selera ketika Hamil
Jika anda tidak sukakan sayur-sayuran yang dimasak, anda mungkin mendapati anda sukakannya mentah. Cuba:
1. ulam dengan sambal belacan yang tidak begitu pedas;
2. karot parut dengan kismis digaulkan dengan kuah salad;
3. coleslaw yang dibuat dengan kubis putih mentah dan karot;
4. salad Waldorf dibuat dengan epal dan kacang walnut;
5. batang-batang sayur-sayuran mentah yang diihidangkan dengan hummus atau kuah cecah lain.
Salad Asia seperti salad mangga Thai atau salad betik, kerabu atau raita India adalah alternatif berperisa yang menyejukkan sebagai alternatif untuk dimakan dengan nasi. Rojak buah-buahan boleh juga menjadi hidangan istimewa dari semasa ke semasa.
Atau??? Ubahkan rupa. Cuba tip ini:
1. Campurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang anda tidak suka.
2. Lecekkan karot yang telah masak dengan kentang.
3. Tuangkan sos keju ke atas sayuran campuran yang dimasak dari beku.
4. Cuba kari sayur-sayuran (nenas atau terung adalah sangat lazat).
5. Buat sos menggunakan tomato dengan pasta dan gunakan pasta yang digaulkan dengan bayam dan juga keju.
Anda juga boleh menambah sayur-sayuran untuk sup seperti tom yam, sup bebola ikan dan sup bayam, sup akar teratai atau sup berkrim seperti labu krim, cendawan, asparagus, atau tomato krim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































