Monday, 13 May 2013
SIAPAKAH KITA????
Siapakah orang yang
sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang
manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu
dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.’ Lalu sambil berkata,’Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini’, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang
kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa
akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang
miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang
paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang
mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang
mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang
mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































