Monday, 13 May 2013

Snek Ringan Tetapi Sihat

0 comments


Buah-buahan
Selalulah mengunyah epal hijau, beri biru dan sayur bayam kerana ia mampu membantu mengurangkan serangan penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. Kandungan potassium, magnesium dan kalsium di dalam buah-buahan segar ini mampu membantu meredakan tekanan darah.

Coklat Hitam
Coklat hitam yang bebas gula akan membantu meredakan masalah tekanan darah tinggi di kalangan mereka yang berlebihan berat badan. Mengambil satu sudu besar serbuk koko asli kaya flavanol setiap hari pula dapat membantu mempertingkatkan aliran darah ke kulit, menjadikan ia lebih lembut dan mampu mengurangkan kesan kerosakankulit akibat sinaran UV. Serbuk koko asli paling tinggi kandungan flavanol berbanding coklat yang telah diproses. Jika anda ingin menikmati coklat dalam bentuk bar, pilih hanya coklat hitam yang tidak mengandungi gula tambahan agar kandungan flavanol ini tidak terjejas teruk.

Kekacang
Menjadikan kekacang sebagai snek harian dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Pengkaji di Amerika mendapati bahawa mereka yang mengambil badam sebagai snek harian yang rendah kalori selama enam bulan mampu mengurangkan berta badan sehingga 18% dari berat keseluruhan. Mereka juga menunjukkan pengurangan ukur lilit pinggang. Lemak tidak tepu yang terkandung di dalam sesetengah kekacang juga didapati dapat membantu mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dalam tubuh. Kekacang seperti badam sesuai dibakar agar ia lebih rangup dikunyah. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 360 darjah selama 10 hingga 15 minit.

Produk Tenusu Rendah Lemak
Ambil 1,000 mg kalsium setiap hari bagi membantu anda mengekalkan indeks jisim tulang ketika anda dalam proses menurunkan berat badan. Anda perlu memasukkan prosuk tenusu ini ke dalam diet kerana ia juga dapat membantu untuk membakar lemak berlebihan di bahagian pinggang. Selain susu rendah lemak dan krim masam, keju rendah lemak juga boleh diamalkan. Namun, hadkan kepada sekeping sahaja sehari atau jadikan keju kotej rendah lemak sebagai sos ketika meratah sayuran. Ingat, celupkan sedikit sahaja!

Mil Penuh
Anda memerlukan kira-kira 130gm karbohidrat sehari untuk membantu fokus dan konsentrasi  minda anda berada di tahap maksimum. Pilihan saat berdiet adalah makanan karbohidrat yang tinggi serat kerana ia juga elok untuk penghadaman. 5 hidangan makanan dari sumber mil penuh setiap hari mampu mengekalkan rasa kenyang seterusnya membantu mengurangkan berat badan. Ia juga baik untuk membantu anda mengurangkan risiko diserang diabetes sehingga 20%. Selain roti, mil penuh juga boleh didapati dalam bentuk bijirin. Tambahkan sedikit hirisan buah kering seperti pica tau kismis untuk membangkitkan selera seterusnya melengkapkan keperluan vitamin C.

Leave a Reply

Labels