Monday, 13 May 2013
8 Mitos Turunkan Berat Badan
Salad itu sihat
Tahukah anda bahawa makanan-makanan seperti keju, ayam
goring serta ‘oily dressings’ yang terkandung di dalam salad harus
dipertimbangkan sebagai sumber lemak yang tersembunyi. Anda disarankan untuk
memilih salad buah-buahan dan sayur-sayuran yang benar-benar bebas daripada
lemak ‘jahat’.
Jangan makan selepas jam enam petang
Ianya bukanlah masalah waktu makan, sebaliknya apa
yang anda makan, kata Shari Lieberman, PhD, penulis ‘Dare to Lose’. Di Eropah,
mereka makan pada jam 10 malam namun ukuran badan mereka separuh daripada warga
Amerika.
Sering menimbang berat badan
Ini merupakan salah satu perkara yang tidak benar. Ia
sama sekali tidak dipersetujui oleh Rick Hall, seorang pakar nutrisi dan diet.
Menurut Rick Hall, dengan mengawal berat badan melalui timbangan sekali atau
dua kali seminggu merupakan jalan nyata untuk mengukur perkembangan program
pelangsingan badan. Namun begitu, Lieberman menganggap bahawa mengukur berat
badan dengan timbangan adalah perkara yang membosankan. Lieberman menyarankan
supaya anda mengukur lingkaran bahagian lengan, perut serta paha secara
berkala.
Lemak tidak baik untuk anda
Anda perlu tahu bahawa tidak semua lemak tidak baik
untuk badan terutama kepada mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat
badan. Tidak dinafikan bahawa terdapat lemak ‘jahat’ yang harus dielakkan.
Namun begitu, lemak baik tetap diperlukan untuk kesihatan badan anda.
Hilangkan 10kg dalam tempoh 30 hari
Ini hanyalah gimik yang boleh ‘menyesatkan’ para
pengamal diet. Penurunan berat badan secara mendadak adalah satu perkara yang
tidak bagus untuk kesihatan. Ia kelihatan seperti anda terlalu terdesak dan
memaksa badan untuk segera kelihatan kurus. Penurunan berat badan secara tetap
memerlukan perubahan gaya hidup yang betul dan sihat. Bukannya dengan jakan
pintas yang teralu mudah.
Diet soda membantu menurunkan berat badan
Anda perlu tahu bahawa tidak ada satu kajian pun yang
menunjukkan bahawa soda dapat membantu penurunan berat badan. Jadi kenapa anda
percaya?
Tidak makan
Oh tidak sama sekali! Tahukah anda bahawa jika anda
tidak makan apa-apa makanan sebenarnya ia boleh membahayakan kesihatan badan
anda meskipun atas dasar untuk melangsingkan badan. Tambahan pula, sekiranya
anda tidak makan, kemungkinan besar anda akan menghilangkan massa otot dan bukannya
lemak.
Hindari karbohidrat
Selain lemak, sumber karbohidrat juga dikatakan perlu
dihindari oleh mereka yang sedang menjalani program diet. Saat anda berniat
untuk menurunkan berat badan, bezakan antara karbohidrat yang tidak sihat
sebagai contoh gula pasir dan karbohidrat kompleks contohnya sayur-sayuran
hijau serta biji-bijian yang menyediakan vitamin penting di samping serat untuk
membantu proses pencernaan supaya berjalan dengan baik dan lancar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































