Monday, 27 May 2013
Susu Untuk Si Manja
Susu yang Mana Untuk Si Manja?
Bayangkan anda kini berada di hadapan rak pelbagai jenis susu untuk anak kesayangan. Namun anda buntu untuk memilih apabila melihat semua produk dijual hampir memenuhi keperluan pemakanan si kecil. Agaknya yang mana satukah terbaik buat mereka?
Susu penuh krim
Biasanya diambil terus daripada ternakan tenusu. Tiada sebarang ramuan ditambah atau diasingkan dan diproses untuk membunuh sebarang mikroorganisma berbahaya supaya selamat diminum. Susu penuh krim disarankan untuk kanakkanak membesar kerana mengandungi sekurang-kurangnya 3.5 peratus lemak penting bagi tumbesaran dan perkembangan mereka.
Susu tanpa lemak
Susu jenis ini diproses untuk membuang kebanyakan kandungan lemaknya. Ini menyebabkan kekurangan paras vitamin larut lemak, terutama sekali vitamin A. Oleh itu susu ini tidak disarankan untuk si kecil kerana paras lemak rendah bermakna kandungan kalorinya kurang. Bagaimanapun, kanak-kanak berlebihan berat badan atau mempunyai masalah kesihatan boleh mengambil susu rendah lemak. Pastikan anda merujuk kepada doktor sebelum menukar susu si manja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































