Monday, 27 May 2013

Nak Segak?

0 comments



Mudah Sahaja Nak Segak

Persepsi pertama penting bagi menggambarkan keperibadian seseorang. Selain faktor kebersihan, anda perlu mengambil berat soal penggayaan diri supaya sedap mata mereka yang memandang, lebih-lebih lagi buat si dia tersayang.

Labur wang
Jangan lokek mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membeli sepasang kasut mahal dan tahan lama. Rajinkan diri membersihkan kasut agar sentiasa tampak baru. Tunjukkan pada semua bahawa anda sememangnya seorang jejaka yang mempunyai cita rasa tatkala bergaya.

Saiz sesuai
Ramai lelaki suka memakai baju dan seluar terlalu besar sehingga tidak menampakkan bentuk badan sebenar. Tetapi awas, jangan pula anda beli pakaian terlalu ketat. Memadai memakai baju mengikut saiz anda dan elok terletak pada badan.





Leave a Reply

Labels