Thursday, 23 May 2013
Tanda-tanda Mati dalam Husnul Khatimah
Berikut
adalah tanda-tanda alamat seseorang yang akan mati dalam keadaan Husnul
Khatimah yakni dalam pengakhiran yang baik.
1. Sempat mengucapkan dua kalimah syahadah.
2. Berpeluh di dahi. Sabda Rasulullah : “Bahawa matinya seseorang
mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi”, - Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.
3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah “Tidak
seorang Muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan
menjaganya dari fitnah kubur”.
4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan ;
- Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan
tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
- Diselamatkan dari seksa kubur.
- Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
- Diperhiasi dengan iman.
- Dikahwinkan dengan ramai bidadari.
- Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh
Termidzi, Ahmad dan Ibnu Majah.
6. Mati kerana melahirkan anak.
7. Mati kerana taun. Sabda Rasulullah, “ Taun itu satu kematian
syahid bagi setiap mukmin”. (Hendaklah ia sabar dan redha menanggungnya) –
Riwayat oleh Muslim.
8. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid. Sabda Rasulullah:
“dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid”. – Riwayat oleh
Muslim.
9. Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.
10. Mati terbakar – Riwayat Tabrani.
11. Mati dalam nifas – Riwayat At-Tabrani.
12. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullah, “Orang yang mati
kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid – Riwayat Tabrani.
13. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah,
“Barang siapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia
syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya
(setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah,
maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga” – Riwayat Daud.
14. Mati mempertahankan harta – Riwayat Bukhari.
15. Mati mempertahankan diri. Sabda Rasulullah, “Barangsiapa
terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid –
Riwayat Abu Daud.
16. Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.
17. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu
(ilmu yang dibolehkan oleh islam) di masjid atau sedang berdakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































