Pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap hari. Cara begini akan mendisiplinkan 'jam tubuh' anda.
Thursday, 9 May 2013
Tidur Cukup Kulit Pun Cantik
Pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap hari. Cara begini akan mendisiplinkan 'jam tubuh' anda.
Pastikan bilik tidur anda cukup tenang dan
gelap untuk mengoptimumkan fungsi hormon melatonin (hormon yang membantu untuk tidur).
Selain itu, pastikan suhu bilik tidak
terlalu panas dan terlalu sejuk kerana ini akan mengganggu tidur anda.
Gunakan bantal yang nyaman, lembut, tidak
terlalu keras dan tidak terlalu nipis. Pastikan juga sarung bantal dibersihkan
selalu agar tidak menimbulkan masalh kulit seperti jerawat.
Bersenam dengan teratur pada waktu pagi
atau petang terbukti dapat memperbaiki kualiti tidur seseorang.
Buat rutin sebelum tidur seperti latihan
menenangkan fikiran, urutan, mandi air suam atau rawatn tubuh.
Hindari bersenam menjelang waktu tidur
kerana ia meningkatkan suhu badan sekaligus menyukarkan anda untuk melelapkan
mata.
Jangan melakukan aktiviti yang memerlukan
anda memerah otak seperti membuat kerja dengan menggunakan komputer riba,
menonton tv dan sebagainya.
Pastikan juga perut anda tidak lapar atau
terlalu kenyang. Selain itu, jangan mengambil makanan yang mengandungi kafein
seperti kopi, teh yang boleh menghilangkan rasa mengantuk.
Pastikan anda mendapat nasihat dari pakar
atau doctor sebelum emngambil ubat tidur.
Selain
itu, cipta rutin sebelum tidur yang lebih menyenangkan
Pastikan mata terpejam rapat dengan masker
mata yang lembut.
Sediakan alat tekup telinga untuk mengatasi
bunyi bising yang boleh mengganggu tidur anda.
Tidur akan lebih nyaman jika anda menyembur
keharuman bunga lavender pada tubuh, ruang tidur dan juga baju tidur.
Selepas mandi, sapukan losyen tubuh yang
mengandungi ekstrak lavender dan chamomile yang member kesegaran, selain
menyejukkan dan melembapkan kulit selain membantu mengatasi stress.
Tambahkan titisan minyak pati ketika anda
merendam kaki dengan menggunakan garam dan air suam untuk membuatkan anda lebih
santai dan tenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































