Monday, 27 May 2013

Tip Kurangkan Kedutan

0 comments


Bimbang anda akan kelihatan tua dari umur sebenar anda? Mengatasi masalah penuaan seperti mengurangkan kedutan pada kulit merupakan agenda yang perlu dimabil perhatian. Ramai wanita percaya bahawa penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan. Namun dengan pelbagai informasi dan teknologi yang ada pada hari ini, sedikit sebanyak ianya berjaya membantu mengatasi masalah penuaan dengan cepat. Untuk berada di landasan yang betul, terdapat pelbagai cara berkesan untuk mengurangkan kedutan pada kulit, terutamanya kulit wajah. Berikut merupakan tip yang boleh diberi perhatian tanpa berjumpa dengan pakar dermatologi.

1) Elakkan daripada sinaran matahari berterusan. Sinaran ultra ungu merupakan penyebab utama yang menyebabkan kedutan.

2) Elakkan merokok. Menurut kajian, asap rokok boleh memberi kesan terhadap kulit. Asap mengeluarkan enzim yang memberi kesan kepada kolagen dan elastin, iaitu komponen penting pada kulit. Kajian yang dilakukan oleh St Thomas Hospital di London mengesahkan bahawa risiko kedutan 40% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok.

3) Tidur secara melentang. Tidur dalam kedudukan memesongkan badan akan meningkatkan kedutan pada pipi, dagu dan dahi. Oleh itu, tidurlah dalam keadaan melentang kerana ianya dapat mengurangkan kedutan pada permukaan kulit wajah.

4) Banyakkan pengambilan ikan. Ikan kaya dengan khasiat protein yang membantu membina struktur kulit. Terutamanya ikan air dingin seperti salmon yang kaya dengan Omega-3.

5) Tukarkan kopi kepada koko. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Nutrition, pengkaji mendapati koko mengandungi 2 sumber perisa had makanan yang tinggi iaitu ‘epicatchin’ dan ‘catechin’ yang membantu kulit dari terdedah teruk daripada sinaran matahari. Selain itu juga, ia membantu memperbaiki proses sel kulit daripada kering dan membantu kulit kelihatan licin.

6) Gunakan krim pelembap. Krim pelembap sememangnya sudah cukup sinonim dengan para wanita yang inginkan kelembapan pada kulit wajah yang kering. Kulit yang lembap akan kelihatan lebih elok daripada membiarkan ia kering dan berminyak.

7) Gunakan krim pelindung matahari. Jika anda sering terdedah kepada cahaya matahari, pastikan anda menggunakan krim perlindungan. Selain mampu melindungi kulit, ianya juga mampu mengelakkan risiko kanser kulit.

8) Dapatkan tidur yang secukupnya. Rehat secukupnya jika tidak, tubuh badan akan menghasilkan kortisol, iaitu hormon yang memberi kesan terhadap sel kulit. Tidur yang cukup membantu kulit yang elastic, tegang dan mengurangkan kedutan.

9) Dapatkan kacamata yang sesuai. Ketika membaca, pastikan anda mendapatkan kacamata khusus ketika membaca agar otot mata tidak penat. Begitu juga gunakan kacamata gelap ketika di bawah sinaran matahari yang terik. Ia membantu melindungi kawasan sekitar mata terdedah daripada sinaran yang menyakitkan.

10) Banyakkan pengambilan soya. Selain menjadikan kulit tegang, soya juga membantu membaiki struktur kulit. Amalkan juga pengambilan suplemen yang mengandungi soya dan vitamin lain.

11) Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buahan dan sayuran dapat membantu memperbaiki molekul dan sel kulit yang rosak disamping kulit akan kelihatan lebih anjal, muda dan berseri-seri.

12) Elakkan daripada membasuh muka sekerap yang mungkin. Menurut pakar dermatologi, membasuh muka sekerap yang mungkin akan menyebabkan minyak dan kelembapan asli yang terhasil pada kulit wajah akan hilang. Sumber asli ini membantu melindungi kulit daripada kering.

Leave a Reply

Labels