Monday, 27 May 2013
Petua Diet
Tuna Boleh Menurunkan Berat Badan
Bagaimana caranya agar anda boleh menurunkan berat badan sambil
menikmati makanan enak. Mudah saja, syaratnya anda suka makan ikan. Kajian yang
dilakukan di Australia melaporkan bahawa menjadikan ikan tuna, salmon atau ikan
lain yang kaya asid lemak Omega-3 sebagai sebahagian dari program diet boleh
membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan yang menyeluruh. Di
sampan itu juga, kajian menunjukkan bahawa Omega-3 membantu melindungi tubuh
badan daripada penyakit jantung dengan cara menurunkan tahap kolesterol
sekaligus tekanan darah anda dan masalah kegemukan. Pendekatan diet seperti ini
memberi manfaat lebih banyak daripada menu ikan biasa. Mengambil ikan setiap
hari secara kerap mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular pada masalah
kegemukan. Kegemukan adalah faktor risiko terbesar penyakit jantung.
Bawang Putih Berkesan Untuk Diet
Bawang putih atau ‘Allium sativum’ sudah menjadi bahan ‘wajib’ ketika
memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap
hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang mendapati khasiat bawang
putih untuk kesihatan. Manfaat bawang putih antara lain sebagai bahan membantu
menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana adanya zat yang bersifat
anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan darah dan mencegah zakit
jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan sumbatan pada arteri jantung
sehingga meminimakan risiko berlakunya serangan. Kajian yang telah dilakukan
oleh University of Minnesota, bawang putih juga membantu menghindari kanser.
Kajian itu menunjukkan bahawa risiko terkena kanser di usia tua berkurang
sebanyak 50% bila mengambil bawang putih sebagai rutin dalam sajian anda.
Selain daripada penyedap masakan, sudah tentu ianya mempunyai banyak manfaat.
Itulah sebabnya bawang putih tetap menjadi pilihan utama dalam setiap masakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































