Dari mata turun ke hati, begitulah kata orang-orang dahulu kala. Memang benar, kecantikan mata dapat memikat sanubari seseorang. Lirikan mata menggoda dan cantik dipandang membuatkan si Adam terpikat melihat Hawanya. Solekan mata tidak sukar sebenarnya, cukup anda tahu akan asasnya. Menggunakan celak, pembayang mata, mascara dan bulu mata palsu mampu menaikkan seri pada wajah anda. Kebanyakan wanita berpendapat bahawa mata bulat dan mempunyai kelopak mata yang besar itu cantik. Tidak dapat dinafikan, itulah kebenarannya. Namun, bukan semua wanita dikurniakan dengan mata begitu.
Monday, 27 May 2013
Tip Mudah Solekan Mata

Bagi anda yang tidak mempunyai mata
bulat, alis lebat dan kelopak mata yang besar, anda harus bijak memilih
pembayang mata. Jika kena pada gayanya, mata anda akan kelihatan lebih menarik.
Memakai celak dikatakan dapat memberi ilusi galak kepada mata. Harus diingatkan,
celak yang dilukiskan pada kelopak mata jangan terlalu tebal. Tahukan anda
dengan mengoleskan pembayang mata pada kelopak mata anda, ia akan lebih
berseri. Dengan pembayang mata dan celak yang digariskan pada kelopak mata,
barulah mata anda akan kelihatan lebih besar dan bermaya. Ikuti tip berikut
untuk mendapatkan solekan mata menawan :
1. Bagi mendapatkan mata yang lebih
terbuka dan bercahaya, oleskan pembayang mata dari warna cerah.
2. Warna paling selamat untuk diletakkan
pada kelopak mata adalah dari warna tanah. Warna yang paling banyak digunakan
adalah warna coklat. Cara yang betul untuk menyapukan pembayang mata bermula
dari bahagian luar mata dan tarik ke dalam. Untuk mengemaskan sapuan pembayang
mata anda, oleskan ia pada bahagian bawah mata.
3. Memakai celak agak sukar bagi anda
yang tidak biasa mengolesnya. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memilih
celak jenis pensel kerana ia lebih mudah digunakan berbanding celak cecair.
Mahirkan diri anda supaya garisan celak tidak terlalu tebal atau comot.
4. Ingin diingatkan, memakai celak tidak
semestinya pada kedua-dua bahagian atas terlebih dahulu dan pastikan anda
melukisnya dengan kemas. Jika tidak, lukisan celak akan kelihatan ‘terapung’
pada mata dan membuatkan solekan mata anda tidak cantik.
5. Untuk memberi ilusi galak pada mata,
sapukan pembayang mata putih atau celak putih pada kelopak bawah mata anda.
6. Jika anda sudah melukis kening,
letakkan sedikit warna putih atau ‘shimmer’ untuk ‘menaikkan’ kening anda.
Sapuan haruslah dilakukan pada bahagian hujung atas mata.
7. Jika anda berminat untuk membuat
solekan ‘smokey eyes’, gunakan warna gelap pada sekuruh mata. Campurkan dengan
pembayang mata berwarna kelabu untuk mendapatkan warna yang tidak terlalu
gelap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)