Monday, 27 May 2013
Chemical Peel : Rawat Wajah Bermasalah
‘Chemical peel’ merupakan salah satu
cara yang digunakan untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah. Bagi wanita yang
semakin berusia, sifat keanjalan kulit juga akan berkurangan. Kulit lebih
terdorong untuk menjadi kusam, warnyanya tidak sekata dan pelbagai komplikasi
lain juga akan wujud. Dalam usia seawall 20-an, kulit wajah sebenarnya telah
berubah kerana berlakunya penuaan kulit di luar sedar. Tahukah anda, rawatan
ini juga bertujuan untuk memperbaiki kulit wajah yang rosak akibat terdedah
kepada matahari. Sinar UV juga berisiko mengakibatkan seseorang mendapat kanser
kulit.
‘Chemical peel’ bertujuan untuk :
- Mengurangkan garisan halus bawah mata
dan di sekitar mulut.
- Merawat kedutan akibat terdedah kepada
matahari, penuaan dan genetic.
- Memperbaiki kemunculan parut halus.
- Menyelesaikan sesetengah jenis masalah
jerawat.
- Mengurangkan tanda penuaan serta
bintik-bintik hitam akibat kehamilan dan pengambilan pil pencegahan kehamilan.
- Memperbaiki wajah dan kulit yang tidak
bermaya.
Rawatan ‘Chemical peel’
Menjalankan rawatan ini boleh dimulakan
sejak seseorang itu di usia remaja lagi. Bagi yang berkulit cerah, anda lebih
digalakkan untuk melakukannya. Sesiapa yang berkulit gelap tidak terlalu
dicadangkan untuk menjalani ‘chemical peel’. Rawatan ini boleh dilakukan
sendiri mahupun dijalankan di pusat kecantikan. ‘Chemical peel’ terbahagi
kepada tiga jenis, bergantung kepada tahap masalah kulit wahaj seseorang.
Rawatan ‘light peel’ hanya melibatkan permukaan kulit sahaja manakala ‘medium
peel’ mampu menembus masuk sehingga ke peringkat pertengahan epidermis.
Peringkat ketiga dalam proses rawatan ini adalah ‘deep peel’ yang bertindak
sehingga ke epidermis. Sebelum seseorang itu diberikan rawatan ‘chemical peel’,
penting untuk mereka membuat analisis kulit supaya jenis rawatan pengelupasan
dapat dikenali pasti.
Semasa rawatan dijalankan, muka pesakit
akan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan agen yang bertindak untuk membuang
lebihan minyak pada wajah. Pada ketika ini, rambut dan mata pesakit akan
ditutup, kebiasaannya satu atau lebih bahan kimia akan digunakan. Contoh solusi
kimia yang digunakan adalah asid glikolik, asid ‘trichloroacetic’ , asid
‘salicyclic, asid laktik atau ‘phenol’. Hanya sedikit sahaja bahan kimia ini
diletakkan pada kulit dan sudah menjadi prosedurnya para doktor akan memberi
bahan ini kepada pesakit seminggu sebelum proses rawatan dijalankan untuk
melihat reaksi kulit mereka terhadap bahan-bahan kimia ini. Ia bagi memastikan
pesakit bersedia dan kulit juga tidak ‘terkejut’.
Pengambilan sebarang pil atau ubat lain
akan disarankan oleh doktor untuk dihentikan kerana memberi ruang kepada kulit
untuk bersedia dengan beberapa kandungan ubat seperti retin-A atau asid
glikolik. Selepas seseorang itu menjalani rawatan pengelupasan, mereka
diwajibkan untuk sentiasa memakai krim pelindung matahari. Ada masanya, anda
mungkin akan dibekalkan dengan antibiotik atau beberapa jenis ubat yang lain.
Menjadi satu kewajipan kepada anda untuk mengambilnya mengikut saranan doktor.
Jangan terkejut jika anda diminta membawa teman ke klinik kerana selepas
rawatan ini, kebiasaannya anda tidak dibenarkan memandu.
Kesan Rawatan
Kebanyakan pesakit akan terasa hangat
pada bahagian yang dirawat selama lima hingga sepuluh minit dalam tempoh
rawatan berlangsung. Ia diikuti dengan rasa sedikit berbisa dan bahan penekap
yang sejuk akan diletakkan pada bahagian yang terasa hangat. Ini bertujuan
untuk menghilangkan rasa pedih. Bagi anda yang melalui proses rawatan ‘chemical
peel’, anda berkemungkinan akan merasa lebih sakit berbanding pesakit rawatan
pengelupasan biasa.
Setiap pesakit akan mengalami kesan yang
berbeza mengikut jenis rawatan. Rawatan ini akan menyebabkan kesan kemerahan
dan pengelupasan kulit antara tiga hari hingga tempoh seminggu selepas
seseorang itu menjalani ‘chemical peel’. Bagi rawatan pengelupasan yang lembut,
anda disarankan untuk mengulanginya dalam tempoh satu hingga empat minggu
selepas rawatan pertama. Rawatan pertengahan mungkin akan mengakibatkan
bahagian yang dirawat membengkak dan melecet dalam masa tujuh ke empat belas
hari sebelum ia hilang. Rawatan pertengahan perlu dilakukan setiap enam hingga
dua belas bulan. Perbincangan bersama pakar amat penting untuk menentukan
sejauh mana proses rawatan yang sesuai dengan anda. Selain itu, anda juga akan
berbincang tentang jenis kulit, tahap masalah serta objektif anda ketika
menjalani rawatan pengelupasan.
Anda mungkin memerlukan balutan pada
bahagian yang dirawat selepas proses pengelupasan. Balutan ini kemudiannya akan
dibuang beberapa hari selepas proses rawatan. Membalut bahagian yang dirawat
penting bagi meningkatkan lagi keberkesanan rawatan. Jauhi sinaran matahari
sebaik sahaja rawatan berlangsung kerana kulit baru mudah rosak. Pakar kulit
akan memberi panduan kepada anda sebaik sahaja anda selesai menjalani rawatan
pengelupasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































