Wednesday, 5 June 2013

Hilangkan Loya Ketika Hamil

0 comments

Hilangkan Loya Ketika Hamil

1. Makan sedikit sebelum tidur. Loya biasanya berlaku jika perut anda kosong. Cuba makan snek ringan yang mengandungi karbohidrat dan protein pada waktu malam. Pilihan lain yang baik termasuklah bijirin dengan susu, separuh sandwic dengan susu, atau smoothie.

2. Simpan biskut kering di tepi katil anda. Memakan biskut kering mungkin dapat melegakan sedikit rasa loya dan membantu anda tidur semula jika anda terjaga kerana loya. Apabila anda terjaga, kunyahlah beberapa keeping biskut dan berehat selama 20 hingga 30 minit sebelum anda bangun.

3. Elakkan makan malam yang berlemak. Makanan yang berlemak mengambil lebih masa untuk dicerna. Elakkan juga makanan yang pedas, berasid dan yang digoreng. Makanan ini boleh mengganggu system pencernaan dan menyebabkan pedih ulu hati dan ketidak hadaman.

4. Dapatkan rehat yang cukup. Keletihan boleh membuatkan loya dan muntah menjadi lebih teruk, jadi cubalah tidur sebentar pada waktu siang jika boleh.

5. Pakai Gelang Acupressure. Gelang acupressure ialah gelang tangan kapas yang lembut dan mempunyai butang plastik padanya. Anda memakainya supaya butang plastik tersebut menekan pada poin acupressure di dalam pergelangan tangan anda. Anda boleh beli gelang ini di farmasi-farmasi atau online.

6. Cuba kaedah alternatif. Jika loya menghalang anda daripada mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, anda boleh cuba menghidu beberapa titik minyak pati limau kasturi atau buah lemon yang dititikkan pada kertas tisu atau bantal. Atau hirup sedikit teh halia atau pudina.





Leave a Reply

Labels