Wednesday, 5 June 2013
Tidak Selesa Tidur Ketika Hamil?
Tips Bagi Wanita Hamil yang Tidurnya Tidak Selesa
1. Semasa dalam trimester pertama, berlatihlah tidur mengiring ke kiri. Tidur dalam posisi ini memberi manfaat kepada bayi anda kerana ia memaksimakan pengaliran darah dan nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih efisien, serta mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan.
2. Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan memeluk bantal yang diletakkan di celah kaki anda. (Kembali semula ke posisi ini jika anda terjaga di tengah malam dan mendapati anda dalam keadaan meniarap atau menelentang.) Anda boleh beli beberapa bantal khas untuk ibu mengandung, walaupun bantal biasa juga boleh digunakan. Susun bantal di celah kaki, di bawah perut, dan di belakang badan untuk lebih keselesaan dan sokongan tambahan.
3. Dalam trimester ketiga, anda mungkin mendapati bahawa memakai coli khas untuk tidur dan tali pinggang materniti dapat memberi sokongan tambahan dan membuat anda lebih selesa.
4. Jika baring mengiring memberi banyak tekanan kepada paha anda, beli pelapik tilam yang lembut. Letakkannya di atas tilam, di bawah cadar untuk kelesaan dan peredaran udara tambahan. Pelapik ini boleh didapati dalam pelbagai saiz di kebanyakan kedai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































