Thursday, 6 June 2013
Penelope Cruz Gadis Bond Paling Tua
Penelope Cruz Gadis Bond Paling Berusia
Filem ikonik, James Bond, bakal kembali lagi di pawagam dengan kisah lebih hangat. Namun, kali ini bukan pemegang watak penyiasat kacak penuh licik itu yang diperkatakan, sebaliknya bakal pembawa peranan gadis Bond 007.
Dikhabarkan, aktres seksi berdarah Sepanyol, Penelope Cruz, menjadi pilihan barisan produser francais cukup berjaya berkenaan. Pemilihannya dikatakan bertepatan dengan keperluan skrip, yang mahu memperlihatkan Bond di sisi wanita matang.
Penelope yang juga penerima Oscar dirasakan calon paling layak untuk menonjolkan keperibadian Bond yang baru, iaitu akhirnya dia mencari teman yang sebaya dengannya.
Bagaimanapun, desas-desus pemilihan pelakon berusia 40 tahun itu seakan mengundang jenaka di laman sosial walaupun sebahagian besar melihat penonjolan wanita berusia terbabit sebagai sesuatu yang istimewa.
Antara komen kurang menyenangkan termasuk: “Penelope Cruz menjadi ‘gadis Bond paling tua”.
Bagaimanapun, hingga kini dikhabarkan pihak penerbitan yang cuba mendapatkan aktres berkenaan sejak beberapa tahun lalu belum menerima sebarang perkembangan. Dia belum memberikan persetujuan disebabkan komitmen terhadap tugasan lain walaupun perbincangan mengenai perkara itu sudah dilaksanakan.
Terdahulu, suaminya, Javier Bardem, beraksi dalam Skyfall sebagai penjenayah siber. Pada sidang media terakhir, Mac lalu, Studio MGM memaklumkan kepada penyumbang dana, mereka mensasarkan penerbitan filem baru Bond bakal direalisasikan dalam tempoh tiga tahun.
John Logan akan menghasilkan skrip untuk filem ke-24 Bond ini manakala Daniel Craig selaku bintang utama. Mereka turut berharap penyanyi British, Adele, yang meraih Grammy menerusi lagu Skyfall kembali bersama pasukan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































