Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah
S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak
diberikan kepadaku:
- Taubatku hanya diterima
di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di
sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
- Pada mulanya aku
berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka
Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat
derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
- Ketika aku telah
berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku
dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T
tidak memisahkan isteri mereka.
- Memang benar aku telah
derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,
tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam
syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
Marilah bersama kita renungkan keistimewaan kita sebagai umat Rasulullah
SAW, adakah kita layak bersama Baginda SAW di Hari Kebangkitan nanti.