Friday, 25 May 2012
KISAH ULAT DAN NABI DAUD AS
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala
Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan
tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah
dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan
ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada
Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku
untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar'
setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku
supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi
wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi
Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah
darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan
ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun
bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang
telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri
kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah
untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai
teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang
berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































