Monday, 13 May 2013

Manfaat Jalan Kaki Secara Rutin

0 comments


Meredakan kecedaraan lutut
Dengan membiasakan diri berjalan kaki cepat atau memilih berjalan didalam kolam renang, keluhan sakit pada lutut (osteoarthritis) boleh diredakan. Bagi mereka yang mengalami osteoarthritis, kegiatan berjalan kaki perlu dilakukan secara berselang seli namun tidak pada setiap hari. Tujuannya ialah untuk member kesempatan kepada sendi untuk pulih. Satu perkara yang perlu diingat oleh penghidap osteoarthritis, jangan keliru ketika memilih kasut sukan. Semakin bertambahnya usia, ruang sendi semakin sempit. Manakala lapisan rawan sendi kian menipis dan cairan ruang sendi kian susut.

Keadaan sendi yang sudah seperti ini perlu dijaga dan dilindungi agar tidak mengalami goncangan yang berat oleh beban berat badan khususnya bagi mereka yang berbadan gemuk. Jika tapak kasut kurang lembut, kasut gagal berperanan sebagai peredam goncangan (shock absorber). Sendi tetap mengalami beban goncangan berat selama berjalan, lebih-lebih lagi ketika berlari atau melompat. Keadaan ini akan lebih memburukkan sendi lalu mencetuskan serangan sakit sendi atau menimbulkan penyakit sendi pada mereka yang berisiko terkena gangguan sendi.

Terjadinya sakit sendi sebaik melakukan kegiatan berjalan kaki boleh berlaku lantaran keliru memilih kasut sukan yang sesuai. Pemilihan kasut sukan juga bergantung kepada kualiti dan kesesuaian anatomi kaki. Kebiasaan berjalan kaki tanpa alas kaki bahkan didalam rumah sekalipun boleh memburukkan lagi keadaan sendi-sendi akibat beban dan goncangan yan harus dipikul oleh sendi.

Depresi
Ternyata gerakan badan dengan berjalan kaki secara cepat turut membantu pesakit mengurangkan risiko depresi. Berjalan kaki secara cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang diambil secara rutin.


Menjaga kestabilan berat badan
Ternyata dengan membiasakan diri berjalan kaki secara rutin, kadar metabolisme badan turut meningkat. Selain sejumlah kalori terbuang melalui aktiviti berjalan kaki, kalori yang berlebihan mungkin akan ada yang terbakar dengan meningkatnya kadar metabolisme badan sehingga kenaikan berat badan tidak berlaku.

Mengurangkan risiko kanser
Sekurang-kurangnya dengan melakukan aktiviti berjalan kaki, dapat membantu mengurangkan risiko kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu bahawa gerakan badan turut melancarkan peristaltik usus sehingga proses pembuangan air besar menjadi lebih teratur. Kanser usus boleh berlaku sekiranya seseorang itu sering menahan tinja lebih lama di saluran pencernaan. Kajian lain juga mengatakan aktiviti berjalan kaki turut membantu mengurangkan risiko diserang kanser payudara.

Serangan jantung
Paling penting seseorang itu perlu menekankan tentang risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah yang lebih deras dari pembuluh darah. Tujuannya agar dapat berfungsi secara normal untuk mengepam darah. Berjalan kaki secara cepat mempercepatkan aliran darah ke bahagian koroner jantung. Otot jantung juga dapat berdegup dengan baiak dan keperluan oksigen dipenuhi. Kelenturan pembuluh darah arteri badan yang terlatih dapat menguncup dan mengembang. Tekanan darah juga menjadi lebih rendah. Kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki secara cepat. HDL dapat ditingkatkan melalui pergerakan badan.

Serangan strok
Walaupun manfaat berjalan kaki secara cepat terhadap risiko penyakit strok belum nyata, beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan hasil yang menggembirakan. Lihat sahaja bukti yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita. Orang zaman dahulu lebih banyak melakukan kegiatan berjalan kaki pada setiap ahri. Kadar peratusan serangan strok pada zaman dahulu tidak setinggi sekarang. Salah satu kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health menunjukkan bahawa kegiatan berjalan kaki yang dilakukan sebanyak 20 jam seminggu dapat mengurangkan kadar risiko serangan strok sebanyak dua pertiga.

Mencegah osteoporosis
Benar, melalui geak badan dan berjalan kaki secara cepat, bukan sahaja dapat menguatkan otot-otot badan bahkan tulang juga. Untuk metabolisme kalsium, gerakan badan diperlukan juga selain keperluan paparan cahaya matahari pagi. Tidak cukup ekstra kalsium dan vitamin D sahaja untuk mencegah atau memperlambatkan proses osteoporosis. Badan juga memerlukan gerakan badan dan waktu sekurang-kurangnya 15 minit terdedah kepada cahaya matahar pagi agar terbebas daripada ancaman osteoporosis. Mereka yang melakukan gerakan badan sejak muda dan cukup mengambilan kalsiumnya sehinggalah usia 70 tahun masih boleh terbebas daripada ancaman kerpauhan tulang.

Menurunkan berat badan
Ya, selain berat badan distabilakn, mereka yang mula mengalami berat badan berlebihan boleh dikurangkan dengan melakukan kegiatan berjalan kaki cepat secara rutin. Berlebihan lemak di bawah kulit dapat dibakar apabila seseorang itu rajin melakukan kegiatan berjalan kaki yang cukup laju sekurang-kurangnya selama satu jam.

Mencegah risiko kencing manis
Membiasakan diri berjalan kaki cepat sekitar enam kilometre sejam dalam tempoh 50 minit ternyata dapat menangguhkan atau mencegah berkembangnya penyakit kencing manis atau ‘Diabetes Type 2’ khususnya bagi mereka yang berbadan gemuk. Sebagaimana kita tahu bahawa risiko kencing manis itu turut dapat dielakkan melalui pergerakan badan yang dilakukan secara rutin berkala. Selama gula darah dapat dikawal hanya dengan cara gerakan badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Ini bermakna aktiviti berjalan kaki secara cepat sama manfaatnya dengan memakan ubat anti diabetes.

Leave a Reply

Labels