Monday, 27 May 2013
Diet Sihat
Kunyahlah Secara Perlahan
Menurut kajian yang telah dijalankan di makmal Melanson, seramai 30
orang wanita telah diberikan sepinggan pasta setiap orang. Apa yang dilakukan,
mereka diberi peluang memakan pasta tersebut mengikut kelajuan makan
masing-masing. Hasilnya, mereka dapat menghabiskan 646 kalori dalam tempoh 9
minit. Namun, apabila mereka dinasihati untuk mengunyah setiap suapan sebanyak
15 hingga 20 kali, hasil terbaru menunjukkan mereka hanya menghabiskan 579
kalori dalam tempoh 29 minit. Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan kerana
ketika itu otak juga akan menganalisa sama ada perut kita sudah kenyang atau
masih mampu menerima makanan. Tip ini sesuai bagi mereka yang ingin berdiet
kerana makan secara perlahan-lahan dapat menahan nafsu ketika makan.
Pisang Untuk Diet
Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa
dan glukosa yang dikombinasikan bersama serat. Pisang memberikan tambahan
sokongan tenaga yang langsung. Kajian membuktikan bahawa dengan hanya dua biji
pisang ia mampu untuk memberikan tenaga yang cukup dalam tempoh selama 90 minit.
Tidak hairanlah mengapa pisang merupakan buah nombor satu yang banyak diambil
oleh para atlet dunia. Bukan hanya tenaga sahaja yang dihasilkan, buah pisang
juga menjaga tubuh agar selalu ‘fit’. Di samping itu juga, ia membantu mencegah
beberapa penyakit. Berdasarkan oleh kajian yang dilakukan oleh MIND, bau pisang
membantu orang yang mengalami depresi. Ini kerana, buah pisang mengandungi
‘trypthan’ iaitu sejenis protein yang diolah oleh tubuh menjadi serotonin,
membolehkan seseorang itu mendapat kesan relaks dan fikiran yang tenang.
Diet dengan Sup Kubis
Berdiet dengan sup kubos telah mula diperkenalkan pada tahun 90-an
dimana ianya disediakan khas untuk pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan
selepas mengalami pembedahan. Sesetengah pandangan berpendapat bahawa kubis
mengandungi cirri unik untuk proses pembakaran lemak, tetapi pendapat itu
adalah tidak benar. Sebenarnya sup kubis mengandungi sumber rendah lemak yang
sesuai untuk mereka yang ingin bediet. Antara sebab kenapa anda harus mencuba
sup kubis ini adalah kerana berat badan akan berkurangan setelah anda berdiet
dalam tempoh tujuh hari. Ia amat sesuai bagi mereka yang merancang untuk kekal
langsing sebelum menghadiri jamuan atau parti. Tetapi ingat hanya dalam tempoh
seminggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































