Hepatitis adalah penyakit yang dikaitkan dengan keradangan hati yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C. Virus Hepatitis B seratus kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS).
Monday, 27 May 2013
Kenali HEPATITIS
Hepatitis adalah penyakit yang dikaitkan dengan keradangan hati yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C. Virus Hepatitis B seratus kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS).
Ketahui bahaya penyakit Hepatitis :
Hepatitis A :
Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang telah dicemari,
seperti ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia
yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan
individu yang telah dijangkiti virus ini. Antara tanda-tanda awal jangkitan,
seseorang itu akan mengalami sakit seperti demam, hilang selera makan,
muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat.
Hepatitis B :
Pesakit bagi kumpulan jenis ini adalah yang paling perlu diberikan
perhatian. Sekiranya seseorang itu mendapat jangkitan ini, virus boleh ditemui
di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing,
air mata dan sebagainya. Cara jangkitannya mudah sahaja, hanya dengan
pemindahan darah atau melalui luka di kulit atau melalui tindik, akupuntur,
kecederaan jarum, berkongsi berus gigi ataupu membuat tatu. Namun, jangkitan
paling ketara adalah melalui hubungan seksual bebas dan begitu juga dengan perkongsian
penggunaan perubatan dan pergigian yang tidak bersih. Pembawa berisiko tinggi
mengalami kanser hati yang boleh membawa kepada kematian.
Hepatitis C :
Hepatitis
C jarang didengari namun penyakit ini juga merupakan bawaan melalui darah.
Penyakit ini merebak melalui jangkitan pada darah seperti perkongsian menerusi
jarum dari alatan suntikan ubat ataupun darah. Selain daripada itu juga,
jangkitan boleh terjadi melalui perkongsian berus, pisau cukur dan alat
pemotong kuku dari pembawa. Belum ada vaksin lagi untuk mencegah Hepatitis C,
namun terdapat pelbagai cara untuk menghindarinya seperti elakkan berkongsi
alatan mandi dengan mana-mana individu ataupun pastikan alatan perubatan dan
pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































