Thursday, 30 May 2013
Izzue Islam Kahwin 2 Jun Ini
Izzue Islam Kahwin 2 Jun Ini
Pelakon yang kini namanya sedang meningkat naik, Izzue Islam bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya, Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya pada 2 Jun ini.
Berita gembira tersebut disahkan sendiri oleh Izzue yang turut memberitahu majlis pernikahan dan juga persandingan mereka nanti akan dilakukan serentak pada hari yang sama.
Pelakon Harapan Lelaki FFM25 yang juga merupakan anggota kumpulan Forteen berkata, tarikh tersebut dipilih bersempena tarikh lahirnya yang ke-24 tidak lama lagi.
"Ketika gosip itu tersebar, saya tidak mengiyakan dan menidakkan kerana ketika itu semuanya masih belum pasti dan apabila kami sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah, barulah saya mula bercerita."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































