Monday, 27 May 2013

Jangan Mengurat Orang Yang Salah

0 comments

Bercinta memang seronok, lebih membahagiakan lagi jika diakhiri ke jinjang pelamin. Mereka yang mengalami perasaan halus ini pastinya tahu agak sukar bagaimana mahu mengungkap perasaan itu jika ditanya bagaimana asyiknya cinta. Tidak hairanlah, tua muda, juga anak remaja terlalu asyik dengan perasaan yang satu ini sehingga ada kalanya terbabas sehingga melanggar tata susila.


Bercinta memang boleh tetapi jangan sesekali anda melanggar “etika” yang satu ini kerana jika itu yang anda lakukan, anda sengaja meletakkan hubungan ke ambang perpisahan. Lelaki mungkin biasa melakukan kerana kononnya mahu membuktikan diri mereka banyak kekasih. Cuba semak, mana tahu anda juga telah melanggar  etika ini. Dan kalau ya, segeralah berubah! Konon bermula sebagai kawan tetapi akhirnya anda juga yang akan gigit jari.

Jangan Goda Kawan-kawan Kekasih Kita:
Jangan sesekali anda berani mencuba menggoda kawan-kawan kekasih anda. Mungkin niat anda hanya sebagai kawan, nanti akhirnya akan memakan diri. Kenapa hal ini tidak boleh anda lakukan? Memang ia tidak menyalahi etika tetapi kalau anda syok habis dengan kekasih dan kemudian kawannya putar belitkan yang anda berdua bercinta, naya anda. Bukan saja kawan-kawan kekasih tetapi juga saudaranya, juga rakan sekerjanya. Kalau benar anda ingin berkawan dengan ramai wanita, pilihlah wanita yang lingkungannya jauh dari sebab dinyatakan di atas.kemungkinannya untuk bertemu dengan kekasih kita akan membuatkan hubungan kita dan kekasih selamat juga aman.

Simpan Rahsia :
Semakin sedikit orang yang tahu kita menggoda wanita lain, maka risiko untuk terbongkarnya rahsia tersebut sangat kecil. Kalaupun, kita mahu berkongsi rahsia ini, ceritalah dengan orang yang anda betul-betul yakini diri, seorang yang anda sendiri percaya boleh menyimpan rahsia.

Pilih Masa yang Sesuai:
Saat kita tahu kekasih mempunyai kerja atau pergi bercuti, inilah masanya untuk anda luangkan masa dengan ‘teman tapi mesra ini’. Ajaklah dia ke kafe dan anda anda boleh berbual sepuas hari, selama yang mahu.

Lokasi juga Kena Tepat :
Kite sengaja menempah maut jika kita berkunjung ke tempat yang biasa kita pergi bersama kekasih, misalnya ke kedai makan yang biasa kita kunjungi dengan kekasih, tempat membeli belah disukainya. Tidak baguskan, jika saat anda mahu membuat pesanan makanan, pelayan yang sudah biasa dengan kita akan mencelah “dengan awek baru ke bang…”.

Buang Semua SMS :
Sesetengah orang suka menyimpan memori yang dihantar oleh kekasihnya. Hal ini juga mungkin tidak terkecuali dengan anda. Jangan sesekali menyimpan mesej dari teman tapi mesra ini walau pun bukan mesej berbaur mesra. Ada hanya akan mengundang masalah besar dan juga kemungkinan untuk putus dengan kekasih juga berisiko besar jika tanpa tidak sengaja, kekasih membuka mesej di telefon anda. Padamkan semua pesanan ringkas ini sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Kekasih Tetap Nombor Satu di Hati:
Sejauh mana pun anda cuba mengurat kekasih baru atau teman tapi mesra ini, ingatlah dalam apa-apa hal pun dahulukanlah kekasih anda. Dia tetap nombor satu di hati anda. Mana tahu, teman tapi mesra anda tiba-tiba meminta hubungan diputuskan, sekurang-kurangnya anda masih ada kekasih yang setia menunggu.

Ambil peluang yang Ada :
Kadangkala, semuanya berlaku secara kebetulan. Mungkin juga kita bertemu kekasih ketika terlanggarnya dan bukunya berteraburan, mungkin juga anda sama-sama mahu membeli baju yang serupa dan pelbagai insiden lagi. Kalaulah peluang ini berlaku kepada anda, ambil peluang berkenalan dengan secepat mungkin jika anda benar-benar menyenangi dirinya. Mana tahu, jika si dia lebih baik dari semua kenalan wanita yang anda ada. Anggaplah ia satu bonus besar.

Leave a Reply

Labels